6 Pesanan Imam Ghazali R.A amat bermakna untuk kita yang sering lupa :
- Mati itu adalah suatu kepastian bagi Allah S.W.T buat setiap makhluk-Nya sama ada manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan segalanya
- .Masa yang berlalu tak mungkin berpatah kembali. Allah berfirman :
Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka yang yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. (Surah al-Asr)
- Nafsu merupakan sesuatu yang perlu dikawal bukan perlu dipatuh dan dihapus.
- Lidah ini boleh diibaratkan lebih tajam daripada pedang. Dengan suasana kini yang serba moden, kehadiran alam sosial maya dalam masyarakat meningkatkan keghairahan manusia dalam menakluki alam ini. Di kalanya, jari-jemari ini mampu menjadi pengganti lidah dalam dunia maya ini. Jadikan pertuturan itu sebagai satu mesej kasih sayang dan nasihat yang baik.
- Solat itu adalah tiang agama. Sesungguhnya solat mampu menghindarkan manusia daripada kemungkaran. Kelalaian dalam mendirikan solat menjadi faktor utama terhadap peningkatan gejala sosial dan jenayah kini.
- Amanah itu adalah berat. Mereka yang munafik mudah memecahkan amanah kerana mereka ini tidak berpegang kepada janji dan amanah. Pecah amanah adalah salah satu sifat munafik. Na'uzubillah
Semoga kita sebagai manusia menjadikan nasihat Imam Ghazali R.A ini sebagai "burning desire" kepada kita untuk terus berjuang dalam kemakrufan dan kerahmatan.

No comments:
Post a Comment