Raja-raja Arab yang membantu orang Kafir untuk mengambil alih Baitulmaqdis daripada Khalifah Islam dan membina negara haram untuk Yahudi dan Nasrani Zionis (Israel).
Wahai
orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan
Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat
kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka
teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka
itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku
zalim. (Maidah:51)
Telah diriwayatkan oleh Auf Bin Malik : Saya telah menemui Rasulullah S.A.W semasa perang Tabuk, sementara Baginda S.A.W sedang berehat di khemah. Baginda S.A.W bersabda:
Terdapat 6 perkara tibanya akhir zaman :
- Kematianku
- Penaklukan Baitulmaqdis
- Satu wabak yang menimpa kamu(Arab) sebagaimana wabak itu menimpa biri-biri
- Meningkatnya kekayaan, sehinggakan apabila seseorang diberikan 100 Dinar, dia masih tidak berpuas hati.
- Satu wabak yang mana tidak ada bangsa Arab yang tidak kena (semua jenis wabak)
- Satu gencatan senjata antara Bani al-Asfar yang akan mengkhianati dan menyerang kamu kemudiannya di bawah lapan panji dengan setiap panji mempunyai 12000 orang tentera.
(Hadis Riwayat Bukhari)
Kota Baitulmaqdis telah ditawan oleh British yang diketuai oleh Jeneral Edmund Henry Hynman Allenby pada 11 Disember 1917 selepas 730 tahun di bawah pemerintahan Islam.
Baitulmaqdis ditawan oleh British dengan bantuan pemerintah dan tentera Arab seperti :
- Tentera Arab Bersatu daripada Nejd dan Hasa (di bawah Abdul Aziz Ibn as-Saud)
- Tentera Kerajaan Hijaz Arab (di bawah Hussain Ibn Ali, Shareef-e-Makkah)
- Arab Tentera Kerajaan Hijaz (di bawah Faisal Ibn Hussain Ibn Ali)
- Tentera Arab Bersatu Jabal Shammar
Tentera British di bawah pimpinan :
- Edmund Allenby, 1st Viscount Allenby (1861-1936)
- T. E. Lawrence (Lawrence of Arabia)
Dan demi
sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah
ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh
hamba-hambaKu yang soleh". (Al-Anbiya: 105)
Sepanjang tahun 1917 hingga 1948, negara Israel ditubuhkan dan diisytihar sebagai negara rasmi. Sejak daripada itu, umat Islam di Palestin tidak pernah hidup dalam aman. Mereka sering ditindas dan dizalimi oleh Yahudi akibat sikap fasad Yahudi yang menebal seperti dirakamkan dalam al-Quran:
Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam
Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin)
dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.
(Al-Isra:4)
Antara pemimpin Arab yang membantu British dalam menakluki Baitulmaqdis.
Hussein Bin Ali (Syareef el-Makkah, Raja Jordan)
Pada dahulunya, Hussein Bin Ali merupakan syarif Makkah. Dia bekerjasama dengan British dalam menjatuhkan Kerajaan Turki Uthmaniyah melalui pemberontakan Arab pada 1916. Akhirnya, beliau diberikan negara Jordan dan menjadi Raja Jordan sebagai balasan membantu British. Penguasaannya terhadap Makkah hilang apabila Kota Makkah berjaya dirampas di bawah pemerintahan Ibn Saud (Raja Arab Saudi).
Pada dahulunya, Hussein Bin Ali merupakan syarif Makkah. Dia bekerjasama dengan British dalam menjatuhkan Kerajaan Turki Uthmaniyah melalui pemberontakan Arab pada 1916. Akhirnya, beliau diberikan negara Jordan dan menjadi Raja Jordan sebagai balasan membantu British. Penguasaannya terhadap Makkah hilang apabila Kota Makkah berjaya dirampas di bawah pemerintahan Ibn Saud (Raja Arab Saudi).
King Faisal Bin Hussein (Raja Iraq, Anak Hussein Bin Ali)
Dia membantu perjuangan British dalam menumbangkan Kerajaan Turki Uthmaniyah dalam penyertaannya dalam Pemberontakan Arab 1916. Dia diberikan Syria dan Iraq sebagai balasan membantu British menumbangkan Kerajaan Turki Uthmaniyah. Akhirnya, dia hanya memperolehi Iraq dan menjadi Raja Iraq serta kehilangan Syria akibat digulingkan rakyat Syria.
Dia membantu perjuangan British dalam menumbangkan Kerajaan Turki Uthmaniyah dalam penyertaannya dalam Pemberontakan Arab 1916. Dia diberikan Syria dan Iraq sebagai balasan membantu British menumbangkan Kerajaan Turki Uthmaniyah. Akhirnya, dia hanya memperolehi Iraq dan menjadi Raja Iraq serta kehilangan Syria akibat digulingkan rakyat Syria.
King Abdul Aziz as-Saud (Raja Arab Saudi)
Dia merupakan penguasa Hejaz. Dia membantu British dalam menumbangkan Kerajaan Turki Uthmaniyah melalui pemberontakan Arab 1916. British memberikan Hejaz kepadanya sebagai balasan membantu British dalam Pemberontakan Arab yang menentang Kerajaan Turki Uthmaniyah. Akhirnya dia menguasai Hejaz dan Nejd, serta menyatukan Nejd dan Hejaz serta menamakan kedua-dua wilayah itu sebagai Arab Saudi di bawah pemerintahannya. Dia menguasai Kota Makkah dan Syarif Makkah berada di bawah penguasaannya.
Dia merupakan penguasa Hejaz. Dia membantu British dalam menumbangkan Kerajaan Turki Uthmaniyah melalui pemberontakan Arab 1916. British memberikan Hejaz kepadanya sebagai balasan membantu British dalam Pemberontakan Arab yang menentang Kerajaan Turki Uthmaniyah. Akhirnya dia menguasai Hejaz dan Nejd, serta menyatukan Nejd dan Hejaz serta menamakan kedua-dua wilayah itu sebagai Arab Saudi di bawah pemerintahannya. Dia menguasai Kota Makkah dan Syarif Makkah berada di bawah penguasaannya.
Pemimpin-pemimpin Arab telah memerintah negara-negara masing-masing dengan bantuan dan sokongan British. Bantuan mereka ini dijana oleh Bank of England yang dimilki oleh keluarga Rothschild.
Keluarga Rothschild
King Abdul Aziz as-Saud membuat persetujuan dengan Bank of England pada tahun 1916 dengan bayaran 5000 pound sterling sebulan untuk dana, dan keluarga as-Saud dengan penyokongnya menentang habis-habisan Khalifah Uthmaniyah untuk menawan Kota Madinah dan Kota Makkah daripada pentadbiran Khalifah Uthmaniyah. Para Ulama menentang tindakan beliau yang bersekutu dan menerima wang tersebut. Walau bagaimanapun, pengkhianat ini dengan tanpa rasa bersalah menyatakan inilah rezeki Allah S.W.T dalam bentuk cukai(Jizyah).
1919-1924 : pejuang-pejuang Islam mendapat tentangan hebat daripada British sehingga British berjaya menawan Semenanjung Arab dan Baitulmaqdis.
3 Mac 1924 : British mengisytiharkan bahawa sistem Khalifah (Khalifah Uthmaniyah) dalam pentadbiran dunia dihapuskan dengan sokongan King Abdul Aziz as-Saud (ditabal oleh British menjadi Raja Arab Saudi). Umat Islam dunia kehilangan pemerintahan dan pemimpin dalam sistem khalifah akibat penghapusan sistem khalifah. Pada tarikh yang sama Khalifah Uthmaniyah terakhir, Sultan Abdul Hamid II diusir daripada pentadbiran Khalifah Uthmaniyah Turki selepas penghapusan sistem khalifah.
Sultan Abdul Hamid II (Khalifah terakhir Khalifah Uthmaniyah)
Keluarga as-Saud mengiktiraf mata wang kertas sebagai mata wang 'halal' menggantikan dinar emas dan dirham perak yang 'haram'. Mereka hanya mengiktiraf penggunaan mata wang kertas US Dollar sebagai mata wang antarabangsa untuk urusan jual beli minyak mentah dalam industri ekonomi dunia. Penggunaan dinar emas dan dirham perak diharamkan dalam urusan jual beli minyak mentah dalam industri ekonomi dunia. Eropah dan Amerika tidak mengiktiraf penggunaan dinar emas dan dirham perak dalam urus niaga antarabangsa kerana mereka tidak mempunyai deposit emas dan perak di negara masing-masing. Jadi mereka mengambil jalan dengan mengharam penggunaan emas dan perak dan sebaliknya mengiktiraf penggunaan mata wang kertas sebagai tukaran antarabangsa.
1944 : Raja Faisal as-Saud, pewaris Raja Arab Saudi memeterai perjanjian dengan Barat dalam Perjanjian Sistem Bretton Woods.
"Sistem Bretton
Woods adalah sistem urustadbir matawang antarabangsa
yang menetapkan peraturan-peraturan hal ehwal kewangan dan komersil di antara
negara-negara industri utama dunia pada pertengahan abad ke-20. Dengan sistem
ini setiap negara perlu mempunyai dasar monetari bagi sistem pertukaran nilai
mata wang yang ditetapkan yang ditambat dengan nilai emas. Sistem ini adalah
contoh pertama rundingan aturan dan seliaan matawang yang bertujuan untuk
mentadbir hal-ehwal kewangan di antara negara-negara merdeka."
Sistem ini telah menutup sepenuhnya penggunaan emas dalam urus niaga antarabangsa.
1971 : Perjanjian ini diteruskan dengan menandatangani perjanjian dengan International Monetary Fund (IMF) dan World Bank.
Raja Faisal as-Saud akhirnya menyedari akan tipu daya Barat dan menghentikan pengeksportan minyak Arab Saudi ke negara-negara Eropah seperti British dan Amerika Syarikat. Beliau juga mengisytiharkan jihad Arab Saudi untuk menentang gerakan Amerika Syarikat beserta sekutunya.
Raja Faisal as-Saud
1975 : Tindakan beliau menyebabkan negara-negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Eropah mula tak senang duduk. Akhirnya Raja Faisal as-Saud dibunuh oleh agen CIA selepas sidang akhbar di Arab Saudi.
Jeneral Edmund Allenby menakluki Kota Baitulmaqdis pada 11 Disember 1917
Jeneral Edmund Allenby
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali
akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut
ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka):
"Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang
benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu
mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang
kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang
dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (al-Baqarah : 120)
Raja Faisal Ibn Hussein (Raja Iraq) bersama Jeneral Edmund Allenby
Harry St. John Bridger Philby @ Haji Abdullah (1885-1960) merupakan ejen British dalam menjatuhkan Baitulmaqdis ke tangan British
King Abdul Aziz as-Saud bersama-sama ejen-ejen British di Basra pada 1930.
Chaim Weizmann (Presiden WZO,World Zionist Organization) bersama Raja Faisal Ibn Hussein
Ejen British Sir Cox Percy
Pada 1930, King Abdul Aziz as-Saud menandatangani perjanjian rahsia dengan Sir Cox Percy. Perjanjian tersebut dimeterai untuk mengisytihar penubuhan negara Israel secara rasmi.
Surat persetujuan King Abdul Aziz as-Saud dalam mengisytiharkan Israel secara rasmi
" Saya Sultan Abdul Aziz Bin Abdul Rahman Al Saud al-Faisal dan saya mengakui dan masukkan ke dalam Sir Percy Cox, Perwakilan Great Britain, bahawa saya tidak mempunyai sebarang halangan untuk memberikan Palestin kepada orang-orang Yahudi atau yang miskin."
Ezra Belboul adalah ejen Zionis yang dianggap sebagai "Wira Negara" di Israel.
Gambar Hussein Ibn Ali (Shareef-e-Makkah) pada mata wang Jordan
Dari Abu Sa'id al-Khudri r.a, Rasulullah S.A.W bersabda :
Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke dalam lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.
Sahabat bertanya :
Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kamu maksudkan?
Nabi S.A.W bersabda:
Siapa lagi kalau bukan mereka
(Hadis Riwayat Muslim)
"Hari ini, pewaris King Abdul Aziz as-Saud pemerintah Arab Saudi dan keluarga Raja Faisal Ibn Hussein pemerintah Jordan, menikmati kekayaan yang amat hebat limpahan ruahnya setelah keturunan mereka terdahulu menyokong dan melindungi perjuangan Zionis Israel dan secara tidak langsung mereka menjadi teman Amerika Syarikat."
Video ucapan Raja Faisal as-Saud dalam usahanya menentang tipu daya Amerika dan Zionis
Beliau dibunuh ejen CIA iaitu anak saudaranya Faisal Bin Musaid
Dari 'Auf Bin Malik r.a, Rasulullah S.A.W bersabda:
Umat Yahudi telah berpecah-belah menjadi 71 golongan, maka hanya 1 golongan sahaja yang masuk syurga dan yang 70 lagi akan masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecah-belah menjadi 72 golongan, maka 71 golongan akan masuk neraka manakala hanya 1 golongan sahaja masuk syurga. Demi Tuhan yang diriku di dalam kekuasaanNya, Umatku akan berpecah-belah menjadi 73 golongan, hanya 1 golongan sahaja yang masuk syurga dan 72 lagi akan masuk neraka.
Sahabat bertanya, "mana yang selamat?"
Nabi S.A.W menjawab,
"Mereka adalah Jamaah" (Golongan ahlus Sunnah Wal Jamaah)
(Hadis Riwayat Ibn Majah)
Wallahu'alam





No comments:
Post a Comment