Wednesday, 29 May 2013

Dab Yang Beriman

Dab merupakan sejenis biawak padang pasir dalam bahasa Arab dikenali sebagai Dab. Dab mempunyai corak badan seperti buaya, bersaiz seperti biawak, tetapi lidahnya berbeza daripada biawak kerana tidak bercabang.

Diriwayatkan oleh Ibnu Kathir dalam al-Bidayah wa an-Nihayah bahawa al-Baihaqi meneritakan daripada Abu Mansur Ahmad bin Ali ad-Damaghanly dari daerah Namin di Baihaq, mengenai sebuah kisah berikut yang disampaikan oleh Umar al-Khattab r.a:

    Rasulullah sedang berjalan bersama-sama dengan sekumpulan para sahabat, tiba-tiba datang seorang Arab Badwi daripada Bani Sulaim di hadapan Rasulullah S.A.W. Beliau membawa bersama-samanya seekor dab yang ditangkapnya, dan bercadang untuk membakar haiwan itu untuk dimakan.

Melihat ramai yang berjalan, beliau tertarik untuk mendekati dan bertanya siapakah gerangan yang sedang mereka iringi? Apabila diberitahu bahawa mereka sedang mengiringi Nabi SAW, maka dia terus mendekati Nabi lantas berkata, "Demi tuhan Lata dan Uzza, tiadalah sesuatu yang terdapat dalam dunia ini yang lebih ku benci daripadamu wahai Muhammad! Kalaulah tidak kerana kaumku memanggilku dengan panggilan yang tergesa-gesa, tentulah aku sudah

Benarkah Teori Big Bang?

Apa Kata Teori Dan Apa Kata al-Quran :

Kata Teori?

  • Angkasa bermula daripada satu jirim yang amat tumpat.
  • Angkasa kemudiannya berpisah daripada satu jisim tersebut melalui letupan besar yang dikenali "BIG BANG"
  • Kesemua jirim, cahaya, dan tenaga datang daripada letupan tersebut.
  • Setelah letupan "BIG BANG" angkasaraya kemudiannya membesar atau mengembang menjadi lebih luas serta besar. Teori ini dikenali sebagai "TEORI PENGEMBANGAN CAKERAWALA".
PENGEMBANGANA ANGKASARAYA BERTERUSAN SEHINGGA TIBA WAKTUNYA
  • Angkasa terus mengembang dan membesar sehingga menjadi lebih luas.
  • Cakerawala tidak pegun(tidak bergerak) tetapi bergerak atau mengembang menjadikan cakerawala bertambah saiz dan keluasannya.
Kata al-Quran?


(Dialah Allah) pemula langit dan bumi. Bagaimanakah Dia mempunyai anak sedang Dia tidak mempunyai isteri? Dia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dialah yang Maha Mengetahui akan segala-galanya. (Surah al-An'am : 101)


Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara duanya? Dan Kami jadikan air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? (Surah al-Anbiya : 30)


Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami dan sesungguhnya Kami adalah pengembangnya (langit) (Surah Adh-Dhariat : 47)


Sesungguhnya al-Quran itu merupakan mukjizat terulung yang bukan sahaja mengajarkan manusia mengenai hukum-hakam, tetapi juga mengajarkan kita mengenai ilmu sains.

"MAKA BENARLAH ALLAH YANG MAHA AGUNG"

Monolog Dari Rahim (Sajak Ustazah Hafizah Musa)

Kini Nyawa Bayi diibaratkan seperti sampah yang tiada endah pada mata masyarakat.

Adakah kita tergolong daripada golongan masyarakat ini? 
Na'uzubillah.

Ya Tuhanku Engkau Peliharalah Umat Islam dan Hati-Hati Kami Ini Di Atas AgamaMu.

Amalan Untuk Kesegaran Badan

Doa Mohon Kesihatan Tubuh Badan

Selain itu, Rasulullah S.A.W juga pernah memberi nasihat kepada anaknya, Fatimah r.a. supaya :
  • Membaca Subhanallah (33 kali)
  • Membaca Alhamdulillah (33 kali)
  • Membaca Allahu Akbar (34 kali)
Pembacaan ini dinasihatkan kepada Fatimah r.a supaya dilakukan sebelum tidur dan sebaiknya disapukan ke seluruh tubuh badan. In sha Allah, keesokan harinya Allah akan memberi kesihatan dan kecergasan pada keesokan harinya.

Sesungguhnya Allah itu Maha Pemberi Penawar.

Wednesday, 22 May 2013

Pesanan Imam Ghazali R.A


6 Pesanan Imam Ghazali R.A amat bermakna untuk kita yang sering lupa :

  • Mati itu adalah suatu kepastian bagi Allah S.W.T buat setiap makhluk-Nya sama ada manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan segalanya
  • .Masa yang berlalu tak mungkin berpatah kembali. Allah berfirman :


Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka yang yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. (Surah al-Asr)

  • Nafsu merupakan sesuatu yang perlu dikawal bukan perlu dipatuh dan dihapus.
  • Lidah ini boleh diibaratkan lebih tajam daripada pedang. Dengan suasana kini yang serba moden, kehadiran alam sosial maya dalam masyarakat meningkatkan keghairahan manusia dalam menakluki alam ini. Di kalanya, jari-jemari ini mampu menjadi pengganti lidah dalam dunia maya ini. Jadikan pertuturan itu sebagai satu mesej kasih sayang dan nasihat yang baik.
  • Solat itu adalah tiang agama. Sesungguhnya solat mampu menghindarkan manusia daripada kemungkaran. Kelalaian dalam mendirikan solat menjadi faktor utama terhadap peningkatan gejala sosial dan jenayah kini.
  • Amanah itu adalah berat. Mereka yang munafik mudah memecahkan amanah kerana mereka ini tidak berpegang kepada janji dan amanah. Pecah amanah adalah salah satu sifat munafik. Na'uzubillah
Semoga kita sebagai manusia menjadikan nasihat Imam Ghazali R.A ini sebagai "burning desire" kepada kita untuk terus berjuang dalam kemakrufan dan kerahmatan.

Tuesday, 21 May 2013

Jatuhnya Empayar Islam

Pengaruh Ekonomi Dan Pentadbiran Barat Dalam Menjatuhkan Empayar Islam

Khalifah Uthmaniyah yang terakhir ialah Sultan Abdul Hamid II (1876-1909).

Sultan Abdul Hamid II (1876-1909)

Theodor Herzl

Sultan Abdul Hamid sangat mengenali Emmanuel Carasso (seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika) itu. Dia adalh manusia yang bersekongkol bersama Theodor Herzl (Pengasas Kongres Zionis) ketika mahu meminta izin menempatkan Yahudi di Palestin pada 1898. Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak, Palestin sebagai tanah penempatan Yahudi di Palestin. Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun.

Kunjungan Theodor Herzl bersama Emmanuel Carasso pada tahun 1898 dahulu, mereka menawarkan ganjaran yang amat besar kepada Sultan Abdul Hamid sebagai habuan penyewaan Palestin kepada Yahudi. Walau bagaimanapun, Sultan Abdul Hamid menolak tawaran penyewaan tersebut.

Pada 17 Mei 1901, Theodor Herzl sekali lagi mengunjungi Sultan Abdul Hamid.Dia menawarkan ganjaran yang amat tinggi kepada Sultan Abdul Hamid sebagai pertukaran dengan Palestin. Antara ganjarannya ialah:

  1. Melangsaikan kesemua hutang Kerajaan Uthmaniyah. Pada ketika itu, Kerajaan Uthmaniyah terlalu banyak hutang dengan banker Yahudi. Salah satunya ialah, Kerajaan Uthmaniyah berhutang berjuta-juta pound sterling dalam pembinaan landasan kereta api dari Makkah ke Turki.
  2. Bersama lunasan hutang tersebut, Khalifah juga diberikan 50 juta Lira Emas sebagai hadiah.
  3. Kerajaan Uthmaniyah juga dapat mewujudkan hubungan baik dengan Eropah serta Amerika Syarikat.
  4. Pembinaan sebuah universiti bersempana nama sultan.
Walau bagaimanapun, Sultan Abdul Hamid menolak kesemua tawaran tersebut dengan mengatakan :

"Walaupun engkau membayar aku dengan emas memenuhi bumi