Monday, 11 February 2013

Haikal Sulaiman


HAIKAL SULAIMAN

Haikal Sulaiman. Mesti sekali kita mengetahui mengenai Haikal Sulaiman. Itu merupakan binaan yang telah dicipta oleh Nabi Sulaiman pada 960 S.M. Walau bagaimanapun, 370 tahun kemudian tentera Babylon telah datang ke Baitulmaqdis dan meruntuhkan Haikal Sulaiman. Setelah itu, tentera Parsi pimpinan Cyprus telah datang ke Baitulmaqdis dan melakluki kota tersebut. Mereka membangunkan semula Haikal Sulaiman.


Pada 70 M pasukan tentera Kerajaan Rom telah datang ke Baitulmaqdis dan menawan kota tersebut. Rom telah menghancurkan kembali Haikal Sulaiman separas dengan tanah. Hari demi hari berlalu, semangat orang yahudi dalam membangunkan kuil itu semakin membara. Di dalam kitab torrah (kitab taurat) menerangkan bahawa di situlah lahirnya Messiah (pembela) dan di situlah tempat pusat dunia. Mereka memerlukan persediaan tersebut demi menyambut kedatangan Messiah.



Rancangan mereka telah disusun, ketika gerakan Zionisme Antarabangsa yang diadakan di Bassel, Switzerland, seorang paderi besar yahudi, Theodore Hertzl telah menyeru kepada seluruh kaum yahudi dunia agar kembali ke tanah Palestine.

Theodore Hertzl

Mereka menganggap untuk meruntuhkan Masjid Al-Aqsa kerana mereka tiada pilihan lain untuk dibuat terhadap Masjid Al-Aqsa memandangkan Haikal Sulaiman mesti dibina di atas tapak yang sama.


Dengan fahaman Yahudi yang semakin tersasar jauh daripada Kitab Taurat, mereka meyakini bahawa sayu hari nanti akan datang seorang Messiah (pembela) yang memimpin kaum Yahudi dan memerintah dunia. Inilah sebabnya mengapa mereka merebut kembali tanah Baitulmaqdis daripada orang islam.


Mereka yakin bahawa haikal Sulaiman mesti dibina demi menyambut kedatangan Messiah (Al-Masih). Tetapi bagi Yahudi yang menolak Zionisme, mereka memercayai bahawa satu hari nanti Messiah sendiri yang akan datang dan memimpin pembangunan Haikal Sulaiman sehingga menjadi pusat pemerintahan dunia (One World Order).

Setakat ini sahaja pengarangan saya, harap jika mempunyai kesalahan sila maklumkan kepada saya.


Sekian, Wallahu'alam. DARIPADA MUHAMMAD ZULFADHLI OTHMAN

Umat Akhir Zaman

UMAT AKHIR ZAMAN

Sejarah merupakan salah satu daripada asas manusia yang menjadi medium terhadap asal usul manusia. Menurut kata-kata para sejarawan antaranya ialah Herodotus, sejarah merupakan suatu tindakan dan sebab mereka melakukannya. Menurut Ibnu Khaldun pula sejarah merupakan suatu peradaban yang berlaku. Selain itu, menurut Mohd Yusuf Ibrahim pula sejarah itu merupakan suatu rekod yang berlaku pada waktu silam. Dalam erti kata lain sejarah merupakan suatu garis masa yang menceritakan peradaban, tindakan dan rekod manusia. Contohnya, para ilmuwan sedunia mengesahkan bahawa terdapat beberapa zaman yang berlaku di dalam dunia ini iaitu Paleolotik, Neolitik, Logam dan Gangsa. Seperti yang kita tahu bahawa zaman-zaman ini merupakan suatu tamadun awal prasejarah yang menceritakan tentang peradaban manusia purba. Zaman ini juga diisytiharkan sebagai zaman awal pendudukan manusia di atas muka bumi ini. Menurut kata-kata mereka lagi, zaman ini juga tiada peradaban dan teknologi yang cukup canggih. Contohnya seperti zaman Paleolitik yang berlaku dalam lingkumngan 200,000 hingga 300,000 tahun dahulu dikatakan hanya tinggal di dalam gua dan menggunakan alatan batu serta tidak mengenakan sebarang pakaian ke atas badan mereka sendiri. Mereka juga tidak mempunyai ilmu dan hidup hanya dalam gelumang kejahilan yang tidak mengetahui apa-apa mengenai kewujudan alam. Begitulah fitrah asal usul manusia pada awal zaman yang dikatakan oleh para sejarawan.

Walau bagaimanapun, tidakkah anda terfikir tentang kesahihan al-Quran dan Hadis? Menurut kitab Allah itu, manusia pertama yang diturunkan ialah Adam Alaihissalam. Tidakkah terlintas dalam fikiran anda bahawa Adam itu manusia