Apa Kata Teori Dan Apa Kata al-Quran :
Kata Teori?
Kata Teori?
- Angkasa bermula daripada satu jirim yang amat tumpat.
- Angkasa kemudiannya berpisah daripada satu jisim tersebut melalui letupan besar yang dikenali "BIG BANG"
- Kesemua jirim, cahaya, dan tenaga datang daripada letupan tersebut.
- Setelah letupan "BIG BANG" angkasaraya kemudiannya membesar atau mengembang menjadi lebih luas serta besar. Teori ini dikenali sebagai "TEORI PENGEMBANGAN CAKERAWALA".
PENGEMBANGANA ANGKASARAYA BERTERUSAN SEHINGGA TIBA WAKTUNYA
- Angkasa terus mengembang dan membesar sehingga menjadi lebih luas.
- Cakerawala tidak pegun(tidak bergerak) tetapi bergerak atau mengembang menjadikan cakerawala bertambah saiz dan keluasannya.
Kata al-Quran?
(Dialah Allah) pemula langit dan bumi. Bagaimanakah Dia mempunyai anak sedang Dia tidak mempunyai isteri? Dia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dialah yang Maha Mengetahui akan segala-galanya. (Surah al-An'am : 101)
Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara duanya? Dan Kami jadikan air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? (Surah al-Anbiya : 30)
Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami dan sesungguhnya Kami adalah pengembangnya (langit) (Surah Adh-Dhariat : 47)
Sesungguhnya al-Quran itu merupakan mukjizat terulung yang bukan sahaja mengajarkan manusia mengenai hukum-hakam, tetapi juga mengajarkan kita mengenai ilmu sains.
No comments:
Post a Comment