Tuesday, 21 May 2013

Jatuhnya Empayar Islam

Pengaruh Ekonomi Dan Pentadbiran Barat Dalam Menjatuhkan Empayar Islam

Khalifah Uthmaniyah yang terakhir ialah Sultan Abdul Hamid II (1876-1909).

Sultan Abdul Hamid II (1876-1909)

Theodor Herzl

Sultan Abdul Hamid sangat mengenali Emmanuel Carasso (seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika) itu. Dia adalh manusia yang bersekongkol bersama Theodor Herzl (Pengasas Kongres Zionis) ketika mahu meminta izin menempatkan Yahudi di Palestin pada 1898. Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak, Palestin sebagai tanah penempatan Yahudi di Palestin. Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun.

Kunjungan Theodor Herzl bersama Emmanuel Carasso pada tahun 1898 dahulu, mereka menawarkan ganjaran yang amat besar kepada Sultan Abdul Hamid sebagai habuan penyewaan Palestin kepada Yahudi. Walau bagaimanapun, Sultan Abdul Hamid menolak tawaran penyewaan tersebut.

Pada 17 Mei 1901, Theodor Herzl sekali lagi mengunjungi Sultan Abdul Hamid.Dia menawarkan ganjaran yang amat tinggi kepada Sultan Abdul Hamid sebagai pertukaran dengan Palestin. Antara ganjarannya ialah:

  1. Melangsaikan kesemua hutang Kerajaan Uthmaniyah. Pada ketika itu, Kerajaan Uthmaniyah terlalu banyak hutang dengan banker Yahudi. Salah satunya ialah, Kerajaan Uthmaniyah berhutang berjuta-juta pound sterling dalam pembinaan landasan kereta api dari Makkah ke Turki.
  2. Bersama lunasan hutang tersebut, Khalifah juga diberikan 50 juta Lira Emas sebagai hadiah.
  3. Kerajaan Uthmaniyah juga dapat mewujudkan hubungan baik dengan Eropah serta Amerika Syarikat.
  4. Pembinaan sebuah universiti bersempana nama sultan.
Walau bagaimanapun, Sultan Abdul Hamid menolak kesemua tawaran tersebut dengan mengatakan :

"Walaupun engkau membayar aku dengan emas memenuhi bumi
, sekali-kali aku tidak akan terima. Sesungguhnya bumi Palestin bukan milik aku, ia milik umat Islam. Ia dibuka oleh umat Islam dengan darah. Tidak sesekali ianya dijual. Dan seandainya empayarku jatuh suatu hari nanti, boleh jadi engkau mengambil Palestin daripadaku dengan tanpa harga."

Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid menyebabkan Zionis tidak senang duduk untuk mendapatkan Palestin.

Pada tahun 1909, dalam suatu malam Sultan Abdul Hamid dan keluarganya dikunjungi oleh sekumpulan manusia yang tidak akan dilupakan dalam sejarah.

    Emmanuel Carasso (seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika) (Thessaloniki) di Parlimen Uthmaniyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turut bersama beliau ialah Aram Efendi (wakil rakyat Arenia)Laz Arif Hikmet Pasha (anggota Dewan Senat yang juga pemimpin Armada Uthmaniyah), dan Arnavut Toptani (wakil rakyat Daraj di Meclis-i Mebusan).

"Bukankah waktu seperti ini adalah waktu khalifah menunaikan kewajipannya terhadap keluarga. Tidak bolehkah kalian berbincang dengan aku esok pagi sahaja?", Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka. Mereka kelihatannya begitu tergesa-gesa. 

Tiada simpati pada wajah mereka. "Ummah telah memecat kamu", Esat Pasha memberitahu Sultan Abdul Hamid. Angkuh benar bunyinya.

"Apakah mereka sedar dengan apa yang mereka lakukan?" fikir baginda.

"Jika benar Ummah yang menurunkan aku, mengapa kamu datang dengan lelaki ini?", tanya Sultan Abdul Hamid sambil menudingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso. "Apa kena mengenanya Yahudi ini dengan Ummah?", wajah baginda kemerah-merahan menahan marah.


Kunjungan mereka ke Istana Yildiz

"Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini untuk menghantar berita penggulinganku malam ini.", Sultan Abdul Hamid meluahkan derita baginda.

Perancangan untuk menjatuhkan Khalifah itu sebenarnya sudah lama dimulakan sebelum malam itu. Beberapa Jumaat sebelum ini, nama khalifah tidak lagi disebut di dalam khutbah, "Walaupun engkau dipecat, nyawamu berada dalam jaminan kami," Esat Pasha menyambung.


Esat Pasha Toptani

Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puteri baginda yang seorang lagi. Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian malam itu.

"Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma seperkara yang kuharapkan. Izinkan aku bersama keluargaku tinggal di Istana Caragan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil dan aku sebagai bapa perlu menyekolahkan mereka.",Sultan Abdul Hamid meminta pertimbangan.

Anak baginda seramai 16 orang, 9 daripada mereka lelaki dan 7 perempuan.

Permintaan baginda ditolak mentah-mentah oleh empat pengkhianat Ummah tersebut. Malam itu juga, baginda sekeluarga dihalau dari Istana Yildiz dan hanya dibenarkan membawa sehelai dua pakaian, dan mereka diangkut di dalam gelap menuju ke Stesen Kereta Api Sirkeci. Sultan Abdul Hamid sekeluarga dibuang ke Salonika,Greece.


Pengusiran Sultan Abdul Hamid II

Meriam diletupkan menandakan pertabalan Sultan Mehmed V Resad sebagai Khalifah Uthmaniyah ke 99 semenjak Saidina Abu Bakar as-Sidiq r.a. Sultan Mehmed V tidak lain tidak bukan hanyalah boneka yang tidak mempunyai apa-apa kuasa dalam pemerintahan Turki Uthmaniyah. Beliau hanya dijadikan umpan untuk menyekat kemarahan pengikut Khalifah Uthmaniyah berikutan pemecatan Baginda Sultan Abdul Hamid II dan pembubaran Khalifah Uthmaniyah.

"Sabarlah anak-anakku. Jika Allah menghendaki kematian bagi kita, bukankah kematian itu kesudahan untuk semua?", kata Sultan Abdul Hamid kepada kerabat baginda. Sejarah kegemilangan Daulah Uthmaniyah berakhir malam itu setelah lebih 600 tahun tertegak di atas muka bumi.

Baginda dan ahli keluarganya dikurung di sebuah istana Yahudi yang usang. Mereka dikurung di dalam bilik tanpa perabot. Pintu dan tingkap istana, dilarang daripada dibuka. Hari demi hari, adalah kematian sebelum mati baginda sekeluarga. Pada tahun 1912, Sultan Abdul Hamid dibawa pulang ke Istanbul, dan anak-anaknya bercerai berai, ada yang dibuang ke Perancis sebagai pengemis dan pelarian yang merempat di jalanan.

Sultan Abdul Hamid dikurung di Istana Beylerbeyi selama 6 tahun

"Maafkan patik, Tuanku. Mereka tidak mengizinkan saya untuk hadir lebih awal.",doktor yang merawat Sultan Abdul Hamid berbisik ke telinga baginda. Penyakit asthma baginda semakin serius dan doktor tidak mampu berbuat apa-apa.

Renungan Sultan Abdul Hamid menghancurkan hati doktor tersebut. Bagaimana seorang khalifah umat ini harus menemui ajalnya di tangan beliau.

"Ampunkan aku ya Allah. Tiada upaya bagi hamba-Mu yang lemah ini.",seorang doktor sudah hilang upaya.

Baginda Sultan Abdul Hamid II menhembuskan nafas terakhir di dalam kurungan Istana Beylerbeyi pada 10 Februari 1918. Pemergiannya diratapi oleh seluruh penduduk Istanbul kerana mereka sudah sedar, apakah harga kebodohan mereka membiarkan Khalifah Uthmaniyah dilumpuhkan selepas penggulingan Sultan Abdul Hamid, 10 tahun yang lalu. Sejarah ini tidak mampu terpadam walaupun mereka yang memusuhi Islam berusaha memadamkannya.

Kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah sebenarnya bermula sejak pemerintahan Sultan Mahmud II


Garis Masa Kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah

Pemerintahan Sultan Mahmud II (1808-1839).


Sultan Mahmud II (1808-1839)

Dua faktor utama kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah adalah:
  1. Pemodenan Kerajaan Uthmaniyah berteraskan kemajuan barat.
  2. Kerajaan Uthmaniyah yang meninggalkan amalan Islam dalam kehidupan.
Sepanjang kurun ke-19, berlaku proses pemodenan dan perindustrian yang melibatkan politik, ekonomi dan sosial di Eropah. Ianya merupakan satu proses yang diwujudkan oleh pihak Kuasa Besar Dunia dan Pihak Yang Berpengaruh Besar untuk mengaut keuntungan serta menjatuhkan sesuatu kerajaan.

Sistem urus niaga dan ekonomi Islam pada ketika itu tidak dibenar untuk dilaksanakan dalam mana-mana urusan. Sistem ekonomi Islam dikuburkan oleh sistem ekonomi Barat yang diperkenalkan oleh Zionis bertujuan menindas para pengguna. Bon-bon, bunga, riba' dan pelbagai istilah diwujudkan dalam sistem kewangan Barat dalam usaha mereka untuk menindas pengguna. Disebabkan sistem kewangan Islam tidak lagi diiktiraf, Kerajaan Uthamniyah terpaksa beralih ke sistem kewangan Barat yang menindas.

Sistem Kewangan Islam yang melibatkan Dinar Emas dan Dirham Perak dibatalkan oleh Kuasa Dunia


Pembinaan projek kereta api yang dijalankan oleh Kerajaan Uthmaniyah memebelanjakan kos pembinaan yang amat tinggi. Kerajaan Uthmaniyah terpaksa menggunaka saluran sistem kewangan Barat yang penuh dengan riba' dan penindasan dalam menyelesaikan projek pembinaan landasan kereta api yang menghubungkan antara Makkah dengan Istanbul.

Perubahan yang dilakukan oleh Sultan Mahmud II :
  • Membentuk tentera diraja bermodelkan tentera British.
  • Tentera jihad diganti dengan tentera bergaji.
  • Sistem demokrasi diperkenalkan.
  • Jawatan Wazir besar digantikan dengan jawatan Perdana Menter.
  • Cukai dinaikkan
Pemerintahan Sultan Abdul Mecid I (1839-1861)


Sultan Abdul Mecid I (1839-1861)

1839 - Sultan Abdul Mecid I memperkenalkan Tanzimat (Reformasi atau pembaharuan).

Antara Tanzimat yang dijalankan oleh Sultan Abdul Mecid I :
  • Sistem kerajaan tempatan digantikan dengan model Perancis. Hal ini menyebabkan sistem perniagaan Bazaar, khidmat masyarakat melalui waqaf yang dipanggil imaret dan millet (majlis perlindungan bagi golongan minoriti) tidak berfungsi.
  • Pendidikan dua aliran diperkenalkan iaitu Pendidikan Tradisional dan Pendidikan Sekular yang bertulang belakangkan stok, bon dan institusi kewangan moden.
  • Undang-undang Islam ke atas ahlu Zimmah (orang bukan Islam yang mendiami kawasan pemerintahan Islam) dihapuskan. Berikutan itu, bayaran Jizyah (cukai) yang perlu dibayar oleh orang bukan Islam yang mendiami negara Islam dimansuhkan.
  • Memfokuskan kepada pemusatan pentadbiran (administrative centralization) bagi menggantikan sistem autonomi amiriah tempatan. Kuasa gabenor atau amir yang menguasai sesuatu kawasan dalam pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah dikurangkan dan diletakkan di bawah kerajaan pusat berteraskan sistem birokrasi barat.
Tanzimat ini dipandang sebagai satu usaha murni dalam memodenkan Kerajaan Uthmaniyah, walhal ianya bertujuan menjatuhkan dan meninggalkan amalan Islam dalam sistem pemerintahan khalifah secara tidak disedari umat Islam.

Tiga wazir Kerajaan Uthmaniyah yang menjadi tokoh utama Tanzimat ialah :

Mustafa Reshid Pasha (Pegawai Diplomat Kerajaan Uthmaniyah)

Mehmed Emin Aali Pasha ( Negarawan Kerajaan Uthmaniyah)

Mehmed Fuat Pasha (Pegawai Pengurusan Kerajaan Uthmaniyah)

Dalam pada itu, mereka juga bersahabat baik dengan pegawai Bank Kerajaan Uthmaniyah yang berbangsa Yahudi bernama Abrahim Salomon Camondo.

Abraham Salomon Camondo (Pegawai Bank Kerajaan Uthmaniyah)

Mereka banyak menghabiskan masa di Paris mempelajari teknik pemodenan barat. Nasihat daripada pegawai strategi kewangan Yahudi diperlukan bagi memodenkan Kerajaan Uthmaniyah berteraskan Tanzimat.

Pengaruh Ekonomi Dalam Menjatuhkan Kerajaan Uthmaniyah

1802 - Bank Camondo ditubuhkan oleh Isaac Camondo di dalam Kerajaan Uthmaniyah. Penguasaan pertama Yahudi dalam bidang perbankan di dalam Kerajaan Uthmaniyah.

1832 - Saudaranya, Abraham Salomon Camondo menggantikannya. Abraham Salomon Camondo dianugerahkan gelaran Nishan-I Iftihar kerana sumbangan besarnya terhadap Tanzimat.

1842 - Wang kertas KAIMA diperkenalkan bagi menggantikan mata wang Islam(dinar emas dan dirham perak). Pembubaran sistem mata wang Islam membuatkan Kerajaan Uthmaniyah bergantung kepada sistem mata wang kertas yang dipelopori dan dikuasai oleh Yahudi. Oleh itu, Yahudi berjaya menguasai ekonomi Kerajaan Uthmaniyah dengan pengenalan sistem mata wang ketas. Secara tidak sedar, pegawai-pegawai bank Yahudi ini dijemput untuk mencipta sistem kewangan moden yang berunsurkan riba' dalam urus niaga seperti bon, kredit, saham, pinjaman dan pengeluaran mata wang kertas yang dikuasai pegawai bank Yahudi. Reformasi kewangan membuka peluang kepada Yahudi untuk membuka lebih banyak bank yang menggunakan wang kertas sebagai urus niaga di dalam Kerajaan Uthmaniyah.


Mata wang kertas KAIMA yang diperkenalkan dalam urus niaga Kerajaan Uthmaniyah

1845 - Kerajaan Uthmaniyah bersama Mm. Alleon dan Theodore Emmanuel Baltazzi menubuhkan Bank of Constantinople bertujuan memeberi pinjaman kepada Kerajaan Uthmaniyah.

1849 - Abraham Salomon Camondo menjadi Komander Mejiidiyie.

1853 - Perang Krimea tercetus. Peperangan ini melibatkan dua pihak iaitu Kerajaan Russia dengan Pakatan Bersekutu Kerajaan Perancis, Kerajaan Great Britain, Kerajaan Sardinia dan Kerajaan Uthmaniyah. Perang Krimea juga membuka peluang kepada Banker Yahudi untuk berkembang dalam Kerajaan Uthmaniyah. Dalam peperangan ini, Kerajaan Uthmaniyah memerlukan dana ketenteraan yang besar. Bank memberi pinjaman dengan bunga.

1856 - Ottoman Bank ditubuhkan, ia menjadi langkah utama dalam penubuhan bank pusat dengan dana dari luar dengan jumlah 500 000 pound sterling. Transformasi modal persendirian kepada Bank Pusat akan membawa kepada sistem kuasa ekonomi berada di tangan Yahudi Antarabangsa sepenuhnya.

Perang Krimea ini juga bertujuan untuk memecahbelahkan kawasan Pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah dan pecahan-pecahan kawasan ini diletakkan di bawah penguasaan Kuasa Dunia iaitu British. Oleh yang demikian, Kerajaan Uthmaniyah kehilangan banyak kawasan pemerintahan semasa perang ini.

Keluarga Rothschild yang terlibat dalam penubuhan Federal Reserve USA juga terlibat atas nama pelaburan melalui Alphonse de Rothschild. Bapanya, James Rothschild membuka cawangan French Rothschild Bank di Istanbul. 

1858 - Banker Yahudi meletakkan syarat perjanjian dengan jaminan transformasi sosial kepada Kerajaan Uthmaniyah. Ini menunjukkan sistem ekonomi hutang berkait rapat dengan kejuruteran sosial atau civil. Pada waktu ini, Jizyah telah dihapuskan. Sistem kewangan Yahudi menjadi tunjang kewangan dan pemerintahan diterajui dengan sistem politik barat. Undang-undang baharu telah menafikan hak sultan terhadap penguasaan tanah. 

1863 - Usaha penubuhan bank pusat akhirnya tercapai dengan tertubuhnya La Bank Imperiale Ottomane. Institusi bank ini berfungsi dalam mengawal keseluruhan penguasaan ekonomi Kerajaan Uthmaniyah. Bank ini tertubuh dengan bantuan Yahudi bernama Emil dan Isaac Pereire. 

Bank Camondo hanyalah bank biasa manakaal Ottoman Bank ialah bank tempatan dengan dana tempatan seterusnya La Bank Imperiale Ottomane ialah bank pusat(bank utama) dengan dana antarabangsa. Bank ini meneyrap masuk dalam aktiviti harian masyarakat bermula dari kedai runcit dan sebagainya. Tidak ada aktiviti harian masyarakat yang terlepas daripada urusan bank. Dari aktiviti jual beli, simpanan seterusnya kewangan dan pelaburan semuanya melibatkan bank.

1867 - Orang asing dibenar membeli tanah.

Projek kereta api menghubungkan Istanbul dengan Vienna, Austri dikatakan menghubungkan dunia Islam dengan Eropah. Disebabkan projek terlalu besar, peranan penipuan oleh bank-bank Yahudi di London juga turut besar. Dalam masa yang sama, Brussels dan Paris membiayai projek kereta api ini menggunakan bon-bon kerajaan Uthmaniyah.

1873 - Berlaku "crash 1873" yang membawa kepada kejatuhan saham bon-bon tersebut. Projek ini bukan sahaja melibatkan pembangunan fizikal dalam bentuk konkrit semata-mata, bahkan suatu gerakan mengatasi ruang lingkup sempadan nasional dan bangsa tetapi didalangi dengan angka-angka pada dokumen kewangan yang dipanggil saham dan bon.

1875 - Kerajaan Uthmaniyah diisytihar muflis kerana tidak mampu membayar hutang. Suruhanjaya Asing dilantik mewakili pemegang saham asing. Kerajaan Uthmaniyah terpaksa mengenakan cukai yang tinggi terhadap rakyat. Serbia memberontak. Bosnia diserahkan kepada Austria dibawah bendera Kerajaan Uthmaniyah. Kerajaan Uthmaniyah kehilangan Bosnia. Jalan kereta api tidak dapat disiapkan berikutan kegagalan membayar hutang-hutang yang ditanggung oleh Kerajaan Uthmaniyah. Perdagangan laut Kerajaan Uthmaniyah pula dikuasai dan jatuh ke tangan British. Kerajaan Uthmaniyah mengalami defisit dan kekurangan sumber kewangan.

Pemerintahan Sultan Abdul Hamid II (1876-1909)


Sultan Abdul Hamid II (1876-1909)

Sultan Abdul Hamid II merupakan seorang sultan berpendirian tegas tidak seperti pemerintah sebelumnya. Baginda juga mempertahankan hak hakiki Islam dalam pemerintahan khalifah Kerajaan Uthmaniyah. Baginda mahukan pemerintahan Islam yang asal sebelum Tanzimat. Beliau menolak sistem hiraki barat dan mahukan sistem topkapi dan imaret semula. Baginda juga tidak percaya dengan pegawai-pegawai yang bekerja sebelumnya. Semasa pemerintahannya, pelbagai masalah berbangkit yang mencabar usahanya mengembalikan sistem pemerintahan asal khalifah Islam daripada hiraki Barat.

1877 - Russia mengisytiharkan perang terhadap Kerajaan Uthmaniyah.

1878 - Russia memenangi dalam peperangan tersebut. Hasilnya, Kerajaan Uthmaniyah kehilangan sebahagian kawasan Armenia, Romania, Serbia dan Montanegro. Kerajaan Uthmaniyah turut terpaksa melepaskan Bosnia-Herzegovina dan Bulgaria daripada pemerintahan Uthmaniyah.

Umat Islam Circassian menjadi pelarian berikutan pencerobohan Russia di Caucasus 

Pada tahun yang sama Sultan Abdul Hamid II memansuhkan Perlembagaan Uthmaniyah Era Pertama.

Krikor Odian

Perlembagaan Uthmaniyah Era Pertama telah digubal oleh Krikor Odian seorang ahli undang-undang berbangsa Armenia pada 1876. Perlembagaan ini berteraskan konsep hiraki barat dengan memodenkan Kerajaan Uthmaniyah seperti menubuhkan Dewan Parlimen dalam pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah. Perlembagaan ini juga memperjuangkan prinsip sekular dalam pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah. Sultan Abdul Hamid II tidak berkenan dengan sistem pemodenan barat ini lalu memansuhkannya pada 1878. 
Antara akta Perlembagaan Uthmaniyah Era Pertama ini ialah :
  • Penubuhan Dewan Parlimen
  • Ahli Senat melantik Sultan
1908 - Revolusi Gerakan Turki Muda dikemuncakkan oleh golongan Nasionalis-Sekular Turki. Golongan ini menentang pemansuhan Parlimen yang dilaksanakan oleh Sultan Abdul Hamid II pada 1878. Revolusi ini menekan dan memburukkan keadaan pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah.

24 Julai 1908 - Sultan Abdul Hamid II terpaksa menubuhkan semula Perlembagaan Uthmaniyah berikutan penentangan Revolusi Gerakan Turki Muda yang semakin memuncak. Pengumuman semula perlembagaan ini diisytiharkan sebagai Perlembagaan Uthmaniyah Era Kedua.

Pada tahun yang sama, Gerakan Turki Muda melalui Committee of Union and Progress (CUP) iaitu parti berfahaman liberal memenangi Pilihanraya 1908. CUP merupakan pertubuhan yang rapat dengan sultan.

1909 - Gerakan Turki Muda menggulingkan Sultan Abdul Hamid II. Pada tahun yang sama Gerakan Counter-Coup (gerakan menentang penggulingan Sultan Abdul Hamid II) dilancarkan. Gerakan Counter-Coup juga menentang Perlembagaan Uthmaniyah Era Kedua serta mencetuskan pemberontakan secara besar-besaran pada 31 Mac 1909. Gerakan ini memihak kepada penubuhan semula Khalifah Islam dan menolak segala agenda sekular barat dalam pemerintahan Uthmaniyah. 

Sultan Abdul Hamid II diusir ke Salonika, Greece bersama keluarganya. Bagi mengelakkan pemberontakan dan tentangan hebat daripada Gerakan Counter-Coup, Parlimen Turki melantik Sultan Mehmed V Resad untuk menaiki takhta Kesultanan Uthmaniyah ke 35 dan khalifah ke 99 semenjak saidina Abu Bakar r.a.

Pemerintahan Sultan Mehmed V Resad (1909-1918)

Sultan Mehmed V Resad (1909-1918)

28 April 1909 - Pertabalan Sultan Mehmed V Resad secara rasmi sebagai khalifah ke 35 Kerajaan Uthmaniyah. Beliau hanyalah menjadi boneka yang dikawal oleh British dan Parlimen Turki. Pertabalan beliau tidak lebih hanya sebagai usaha Parlimen Turki menghentikan pemberontakan Gerakan Counter-Coup yang memperjuangkan Kerajaan Khalifah Uthmaniyah. Walaupun ditabal sebagai Sultan Uthmaniyah, beliau tidak mempunyai apa-apa kuasa mutlak dalam politik, ekonomi mahupun sosial. Semenjak pengusiran Sultan Abdul Hamid II, pemerintahan Turki dipegang secara total oleh Committee of Union and Progress(CUP) yang diterajui oleh 3 Pasha. Sultan Mehmed V tiada apa-apa kuasa dalam hal ehwal pentadbiran Turki.

3 Pasha yang menerajui Committee of Union and Progress(CUP)


Tala'at Pasha (Menteri Dalam Negeri)

Ismail Enver Pasha (Menteri Peperangan/Pertahanan)

Ahmad Djemal Pasha (Panglima Tentera Laut)

11 November 1914 - Sultan Mehmed V Resad mengisytiharkan jihad terhadap Triple Entente Power (Kuasa Bersekutu Perang Dunia I iaitu British, Russia dan Perancis). Kerajaan Turki Uthmaniah di bawah Sultan Mehmed V Resad, Kerajaan German di bawah Kaisar Wilhelm II dan Kerajaan Austria di bawah Franz Joseph I membentuk Kuasa Tengah. Peperangan antara Kuasa Bersekutu dengan Kuasa Tengah dinamakan Perang Dunia Pertama. Walaupun begitu, Sultan Mehmed V Resad tidak mempunyai apa-apa kuasa terhadap peperangan dan ketenteraan Kerajaan Turki Uthmaniyah. Urusan peperangan dan ketenteraan dikawal oleh Committee of Union and Progress yang dikendalikan oleh 3 Pasha.

Perikatan Kuasa Tengah, dari kiri (Kaisar Wilhelm II, Sultan Mehmed V Resad dan Franz Joseph I of Austria)

Sebenarnya, 3 Pasha melalui Committee of Union and Progress(CUP) yang menyebabkan Kerajaan Turki Uthmaniyah terlibat sama dalam medan peperangan dunia pertama ini. 3 Pasha melalui Committee of Union and Progress(CUP) diarahkan oleh British melalui persetujuan sulit untuk menyertai Perang Dunia Pertama menentang Kuasa Bersekutu. Hal ini kerana, British mahu Kerajaan Turki Uthmaniyah sekali lagi berpecah belah (kehilangan tanah jajahan) serta menjatuhkan kekuasaan Khalifah Uthmaniyah di Turki secara total.

1916-1918 - Shariff Hussein Ibn Ali telah mencetuskan Pemberontakan Arab. Beliau merupakan salah satu pengkhianat agama selain 3 Pasha yang telah menyumbang kepada kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyah. 

Pemberontakan Arab ini bertujuan mendesak Kerajaan Turki Uthmaniyah agar :
  • Memberikan penguasaan yang lebih kepada Bangsa Arab dalam pentadbiran Kerajaan Uthmaniyah.
  • Mengkaji semula dasar ketenteraan Kerajaan Uthmaniyah.
  • Memberikan keistimewaan kepada Bangsa Arab dalam ketenteraan Kerajaan Uthmaniyah.
  • Membentuk kerajaan untuk Bangsa Arab meliputi daripada Yaman sehingga Syria.
  • Memberikan keistimewaan kepada Bangsa Arab dalam pendidikan.
Pemberontakan ini juga merupakan salah satu tajaan yang bersumberkan British bertujuan menjatuhkan dan meranapkan Kerajaan Turki Uthmaniyah dengan menaikkan sentimen perkauman terutamanya Bangsa Arab. Dan paling menyedihkan, apabila Bangsa Arab yang terdiri daripada pengkhianat-pengkhianat agama ini (rujuk : Pengkhianat Agama) pada akhirnya berpaling tadah daripada Kerajaan Turki Uthmaniyah dan membantu usaha British dalam menjatuhkan Kerajaan Turki Uthmaniyah.


Pemerintahan Sultan Mehmed VI (1918-1922)


Sultan Mehmed VI (1918-1922)

3 Julai 1918 - Sultan Mehmed VI ditabal sebagai Khalifah Uthmaniyah ke 36. Beliau sama seperti Sultan Mehmed V Resad, tidak mempunyai apa-apa kuasa dan hanya menjadi boneka umpan bagi meredakan pemberontakan yang dijalankan penyokong Khalifah Uthmaniyah.

11 November 1918 - Perang Dunia Pertama tamat. Kuasa Tengah kalah teruk dalam peperangan tersebut termasuk Kerajaan Turki Uthmaniyah. Agenda British untuk memecahbelahkan dan menghilangkan tanah jajahan Kerajaan Uthmaniyah berjaya apabila negara-negara Eropah milik Kerajaan Uthmaniyah seperi Austria dan Hungary tumbang ke tangan British serta diisytiharkan kemerdekaan bagi negara masing-masing. Maka hilanglah tanah jajahan Kerajaan Turki Uthmaniyah di Eropah secara total. Dalam masa yang sama, bagaikan jatuh ditimpa tangga, Baghdad dan Damascus(Syria) turut tumbang ke tangan British serta diisytiharkan kemerdekaan bagi negara masing-masing. Kerajaan Turki Uthmaniyah kehilangan Baghdad dan Damascus. 

Yang paling memeritkan apabila Palestin yang sebelumnya milik Kerajaan Turki Uthmaniyah turut tumbang ke tangan British dalam Perang Dunia Pertama. Palestin merupakan salah satu tanah yang menjadi misi utama British dalam menubuhkan Kerajaan Haram Israel. (rujuk Palestin Tanah Amanah)

Selepas Perang Dunia Pertama, Kerajaan Turki Uthmaniyah secara totalnya hancur kepada sisa-sisa. Kerajaan Uthmaniyah yang berpusat di Istanbul, Turki turut tumbang selepas Perang Dunia I. Dalam pada itu, British dan Perancis turut menduduki Turki selepas kekalahan Kerajaan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia I.

1919-1922 - Peperangan Kemerdekaan Turki (disertai Gerakan Nasionalis Turki) berlaku. Gerakan Nasionalis Turki melancarkan serangan terhadap British dan Perancis yang menduduki Turki. Peliknya, sekuat-kuat Perancis dan British boleh dikalahkan oleh rakyat Turki yang hanya dipelopori oleh Nasionalis Turki sahaja.

Mustafa Kamal Pasha at-Taturk (tokoh nasionalis-sekular Turki)

Sebenarnya, Mustafa Kamal Pasha at-Taturk (tokoh nasionalis-sekular Turki) bersetuju dengan pendudukan British dan Perancis di Turki. British dan Perancis membuat lakonan dengan mengarahkan Mustafa Kamal at-Taturk melancarkan serangan terhadap British dan Perancis dalam Peperangan Kemerdekaan Turki. Dengan peperangan ini, British dan Perancis buat-buat kalah dan bersetuju untuk berundur melalui rundingan damai yang meletakkan syarat agar Mustafa Kamal at-Taturk menubuhkan kerajaan Republik Turki menggantikan Kerajaan Turki Uthmaniyah. Mustafa Kamal at-Taturk bersetuju untuk menggantikan Pemerintahan Khalifah Uthmaniyah kepada Kerajaan Republik Turki. British tidak kisah siapapun yang menguasai Turki, asalkan pewaris Turki itu menubuhkan Kerajaan Republik Turki bagi menggantikan Kerajaan Tutki Uthmaniyah. Betapa bencinya British terhadap Kerajaan Turki Uthmaniyah sejak turun temurun.

23 April 1920 - Setelah memenangi dalam Perang Kemerdekaan Turki, Mustafa Kamal Pasha at-Taturk (tokoh nasionalis-sekular Turki) menubuhkan General National Assembly (Perhimpunan Umum Nasional) di Ankara iaitu suatu pertubuhan yang memperjuangkan sistem pemerintahan republik di Turki serta menolak sistem Khalifah Uthmaniyah.

1 November 1920 - General National Assembly (Perhimpunan Umum Nasional) menguasai Parlimen Turki. General National Assembly (GNA) di bawah Mustafa Kamal at-Taturk telah mengusulkan penubuhan pemerintahan Republik Turki yang merdeka. Berdasarkan penggubalan dasar baharu kerajaan ini, Turki mempunyai dua kuasa pemerintahan iaitu: 

  • Pemerintahan Republik Turki di bawah Mustafa Kamal at-Taturk.
  • Pemerintahan Turki Uthmaniyah di bawah Sultan Mehmed VI. 
Walau bagaimanapun, Pemerintahan Turki Uthmaniyah tidak mempunyai sebarang kuasa terhadap Turki tetapi hanya sekadar pentadbiran lama yang tidak lagi berfungsi.

Pada tahun yang sama, GNA dibawah Mustafa Kamal at-Taturk telah mengadakan undian dalam kalangan rakyat Turki terhadap persetujuan pembubaran Kerajaan Turki Uthmaniyah.

Berikutan itu, ramai rakyat Turki yang dahulunya setia kepada Khalifah mula memandang enteng terhadap Pemerintahan Khalifah Uthmaniyah dan medakwanya sebagai satu pemerintahan yang tidak lagi berguna untuk rakyat.

17 November 1922 - Pembubaran Kerajaan Turki Uthmaniyah dilaksanakan berikutan undian majoriti berpihak kepada persetujuan untuk membubarkan pemerintahan itu. Kerajaan Republik Turki berkuasa di Turki menjatuhkan Kerajaan Turki Uthmaniyah. Pada tarikh yang sama, Sultan Mehmed VI diusir dari Istanbul ke Malta.

Pada tahun yang sama, Parlimen Turki telah membubarkan Kerajaan Turki Uthmaniyah dan mengisytiharkan Parlimen Turki berada di bawah Pentadbiran Republik Turki. 

Pemerintahan Sultan Abdul Mecid II (1922-1924)


Sultan Abdul Mecid II (1922-1924)

19 November 1922 - Ummah yang masih setia di bawah pemerintahan Turki Uthmaniyah melantik Sultan Abdul Mecid II sebagai Khalifah Uthmaniyah ke 37. Beliau tidak mempunyai apa-apa kuasa selain menerajui sisa-sisa Dinasti Khalifah Uthmaniyah yang semakin lumpuh.

24 November 1922 - Beliau tinggal di Istanbul dan memulakan pemerintahan baharu Uthmaniyah di Istanbul secara tidak rasmi.

29 Oktober 1923 - Pentadbiran Republik Turki diisytihar secara rasmi dan mula bertapak serta diiktiraf oleh antarabangsa.

3 Mac 1924 - Melihat perkembangan baharu itu, Kerajaan Republik Turki di bawah Mustafa Kamal at-Taturk mengisytiharkan secara rasmi pembubaran Kerajaan Turki Uthmaniyah dan mengharamkannya daripada bertapak di Turki. Sultan Abdul Mecid II sekeluarga diusir keluar dari Turki. Dengan ini, berakhirlah Era Kerajaan Uthmaniyah secara rasmi. Tiada peganti dan pewaris dalam menerajui pemerintahan khalifah ini.

1926-1931 - Konferens Islamiyah bertemakan "Kerajaan Khalifah adalah keperluan bagi umat Islam" bertujuan untuk menerapkan kesedaran dalam umat Islam berikutan kepentingan kerajaan Khalifah dalam Islam. Konferens tersebut diadakan di Kaherah(Mesir), Makkah(Arab Saudi) dan Baitulmaqdis. Walau bagaimanapun, usul tersebut gagal mendapat sambutan berikutan banyak pihak yang mempertikaikan kewibawaan pentadbiran Islam itu.

Mustafa Kamal at-Taturk membuat pembaharuan dalam pelbagai bidang antaranya :

  • Perubahan pakaian rasmi Kerajaan Republik Turki kepada pakaian formal Eropah baharu termasuk pemakaian tali leher, topi dan kemeja bukannya pemakaian yang dianggap keagamaan seperti serban dan jubah.
Pakaian Formal Baharu Kerajaan Turki

  • Meletakkan wanita untuk mengenakan "modern dress " dalam kehidupan dan bagi pekerja sektor kerajaan
Turkish Modern Dress

  • Bahasa Turki dijadikan bahasa rasmi kerajaan.
  • Mewujudkan sistem pendidikan sekular.
Banyak lagi perubahan yang dilakukan oleh Mustafa Kamal at-Taturk dalam melenyapkan budaya Islam dalam kalangan umat Islam di Turki. Perkara ini juga membawa kepada penyimpangan jauh umat Islam daripada pegangan asal Islam.

SEKIAN, WALLAHU A'LAM

No comments:

Post a Comment