Monday, 17 June 2013

Teori "Water Barrier" Menurut al-Quran

Water Barrier merupakan satu penghalang air antara air masin dengan air tawar daripada bercampur. Penghalang ini tidak mampu dilihat.


Air Masin tidak bercampur dengan Air Tawar

Ia biarkan air dua laut (yang masin dengan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu.
(Surah ar-Rahman : 19)

Di antara keduanya ada penghalang yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya.
(Surah ar-Rahman : 20)

Atau siapakah yang telah menjadikan bumi sebagai tempat penetapan dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya dan telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetapnya; dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahkannya? Adakah sebarang tuhan lain bersama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui.
(Surah an-Naml : 61)

Dinding Pemisah antara kemasinan laut yang tidak bercampur-aduk

Dan Dia lah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga, dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta Dia telah menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran kedua-duanya.
(Surah al-Furqan : 53)

Air laut yang masin tidak bercampur dengan air sungai yang tawar

Penghalang yang membezakan kemasinan air laut dan mengelakkannya daripada bercampur

Setiap air yang mempunyai tahap kemasinan yang lain tidak akan bercampur dengan air yang mempunyai tahap kemasinan yang lain

Dan Benarlah Kata-Kata Allah Yang Maha Agung

Wednesday, 29 May 2013

Dab Yang Beriman

Dab merupakan sejenis biawak padang pasir dalam bahasa Arab dikenali sebagai Dab. Dab mempunyai corak badan seperti buaya, bersaiz seperti biawak, tetapi lidahnya berbeza daripada biawak kerana tidak bercabang.

Diriwayatkan oleh Ibnu Kathir dalam al-Bidayah wa an-Nihayah bahawa al-Baihaqi meneritakan daripada Abu Mansur Ahmad bin Ali ad-Damaghanly dari daerah Namin di Baihaq, mengenai sebuah kisah berikut yang disampaikan oleh Umar al-Khattab r.a:

    Rasulullah sedang berjalan bersama-sama dengan sekumpulan para sahabat, tiba-tiba datang seorang Arab Badwi daripada Bani Sulaim di hadapan Rasulullah S.A.W. Beliau membawa bersama-samanya seekor dab yang ditangkapnya, dan bercadang untuk membakar haiwan itu untuk dimakan.

Melihat ramai yang berjalan, beliau tertarik untuk mendekati dan bertanya siapakah gerangan yang sedang mereka iringi? Apabila diberitahu bahawa mereka sedang mengiringi Nabi SAW, maka dia terus mendekati Nabi lantas berkata, "Demi tuhan Lata dan Uzza, tiadalah sesuatu yang terdapat dalam dunia ini yang lebih ku benci daripadamu wahai Muhammad! Kalaulah tidak kerana kaumku memanggilku dengan panggilan yang tergesa-gesa, tentulah aku sudah

Benarkah Teori Big Bang?

Apa Kata Teori Dan Apa Kata al-Quran :

Kata Teori?

  • Angkasa bermula daripada satu jirim yang amat tumpat.
  • Angkasa kemudiannya berpisah daripada satu jisim tersebut melalui letupan besar yang dikenali "BIG BANG"
  • Kesemua jirim, cahaya, dan tenaga datang daripada letupan tersebut.
  • Setelah letupan "BIG BANG" angkasaraya kemudiannya membesar atau mengembang menjadi lebih luas serta besar. Teori ini dikenali sebagai "TEORI PENGEMBANGAN CAKERAWALA".
PENGEMBANGANA ANGKASARAYA BERTERUSAN SEHINGGA TIBA WAKTUNYA
  • Angkasa terus mengembang dan membesar sehingga menjadi lebih luas.
  • Cakerawala tidak pegun(tidak bergerak) tetapi bergerak atau mengembang menjadikan cakerawala bertambah saiz dan keluasannya.
Kata al-Quran?


(Dialah Allah) pemula langit dan bumi. Bagaimanakah Dia mempunyai anak sedang Dia tidak mempunyai isteri? Dia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dialah yang Maha Mengetahui akan segala-galanya. (Surah al-An'am : 101)


Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara duanya? Dan Kami jadikan air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? (Surah al-Anbiya : 30)


Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami dan sesungguhnya Kami adalah pengembangnya (langit) (Surah Adh-Dhariat : 47)


Sesungguhnya al-Quran itu merupakan mukjizat terulung yang bukan sahaja mengajarkan manusia mengenai hukum-hakam, tetapi juga mengajarkan kita mengenai ilmu sains.

"MAKA BENARLAH ALLAH YANG MAHA AGUNG"

Monolog Dari Rahim (Sajak Ustazah Hafizah Musa)

Kini Nyawa Bayi diibaratkan seperti sampah yang tiada endah pada mata masyarakat.

Adakah kita tergolong daripada golongan masyarakat ini? 
Na'uzubillah.

Ya Tuhanku Engkau Peliharalah Umat Islam dan Hati-Hati Kami Ini Di Atas AgamaMu.

Amalan Untuk Kesegaran Badan

Doa Mohon Kesihatan Tubuh Badan

Selain itu, Rasulullah S.A.W juga pernah memberi nasihat kepada anaknya, Fatimah r.a. supaya :
  • Membaca Subhanallah (33 kali)
  • Membaca Alhamdulillah (33 kali)
  • Membaca Allahu Akbar (34 kali)
Pembacaan ini dinasihatkan kepada Fatimah r.a supaya dilakukan sebelum tidur dan sebaiknya disapukan ke seluruh tubuh badan. In sha Allah, keesokan harinya Allah akan memberi kesihatan dan kecergasan pada keesokan harinya.

Sesungguhnya Allah itu Maha Pemberi Penawar.

Wednesday, 22 May 2013

Pesanan Imam Ghazali R.A


6 Pesanan Imam Ghazali R.A amat bermakna untuk kita yang sering lupa :

  • Mati itu adalah suatu kepastian bagi Allah S.W.T buat setiap makhluk-Nya sama ada manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan segalanya
  • .Masa yang berlalu tak mungkin berpatah kembali. Allah berfirman :


Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka yang yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. (Surah al-Asr)

  • Nafsu merupakan sesuatu yang perlu dikawal bukan perlu dipatuh dan dihapus.
  • Lidah ini boleh diibaratkan lebih tajam daripada pedang. Dengan suasana kini yang serba moden, kehadiran alam sosial maya dalam masyarakat meningkatkan keghairahan manusia dalam menakluki alam ini. Di kalanya, jari-jemari ini mampu menjadi pengganti lidah dalam dunia maya ini. Jadikan pertuturan itu sebagai satu mesej kasih sayang dan nasihat yang baik.
  • Solat itu adalah tiang agama. Sesungguhnya solat mampu menghindarkan manusia daripada kemungkaran. Kelalaian dalam mendirikan solat menjadi faktor utama terhadap peningkatan gejala sosial dan jenayah kini.
  • Amanah itu adalah berat. Mereka yang munafik mudah memecahkan amanah kerana mereka ini tidak berpegang kepada janji dan amanah. Pecah amanah adalah salah satu sifat munafik. Na'uzubillah
Semoga kita sebagai manusia menjadikan nasihat Imam Ghazali R.A ini sebagai "burning desire" kepada kita untuk terus berjuang dalam kemakrufan dan kerahmatan.

Tuesday, 21 May 2013

Jatuhnya Empayar Islam

Pengaruh Ekonomi Dan Pentadbiran Barat Dalam Menjatuhkan Empayar Islam

Khalifah Uthmaniyah yang terakhir ialah Sultan Abdul Hamid II (1876-1909).

Sultan Abdul Hamid II (1876-1909)

Theodor Herzl

Sultan Abdul Hamid sangat mengenali Emmanuel Carasso (seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika) itu. Dia adalh manusia yang bersekongkol bersama Theodor Herzl (Pengasas Kongres Zionis) ketika mahu meminta izin menempatkan Yahudi di Palestin pada 1898. Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak, Palestin sebagai tanah penempatan Yahudi di Palestin. Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun.

Kunjungan Theodor Herzl bersama Emmanuel Carasso pada tahun 1898 dahulu, mereka menawarkan ganjaran yang amat besar kepada Sultan Abdul Hamid sebagai habuan penyewaan Palestin kepada Yahudi. Walau bagaimanapun, Sultan Abdul Hamid menolak tawaran penyewaan tersebut.

Pada 17 Mei 1901, Theodor Herzl sekali lagi mengunjungi Sultan Abdul Hamid.Dia menawarkan ganjaran yang amat tinggi kepada Sultan Abdul Hamid sebagai pertukaran dengan Palestin. Antara ganjarannya ialah:

  1. Melangsaikan kesemua hutang Kerajaan Uthmaniyah. Pada ketika itu, Kerajaan Uthmaniyah terlalu banyak hutang dengan banker Yahudi. Salah satunya ialah, Kerajaan Uthmaniyah berhutang berjuta-juta pound sterling dalam pembinaan landasan kereta api dari Makkah ke Turki.
  2. Bersama lunasan hutang tersebut, Khalifah juga diberikan 50 juta Lira Emas sebagai hadiah.
  3. Kerajaan Uthmaniyah juga dapat mewujudkan hubungan baik dengan Eropah serta Amerika Syarikat.
  4. Pembinaan sebuah universiti bersempana nama sultan.
Walau bagaimanapun, Sultan Abdul Hamid menolak kesemua tawaran tersebut dengan mengatakan :

"Walaupun engkau membayar aku dengan emas memenuhi bumi

Monday, 29 April 2013

Allah Tidak Menguji Melebihi Kemampuan HambaNya


"Difficulties in your life don't come to destroy you, but to help you realize your hidden potential"

When difficulties strike you, fill the valuable moment by remembering Allah. 

Maybe we didn't realize that those difficulties are destined to make us close to Him. Whenever we forget of Him, He will send us a remembrance. The strike of those painful moments make us strong and be tightly close to Him.

Tatkala kita lupa akan Allah, Dia akan mengingatkan kita kepadaNya dengan pelbagai 
PERINGATAN.


Sunday, 28 April 2013

Siapakah Mereka?

Kenali Pengkhianat Agama

Raja-raja Arab yang membantu orang Kafir untuk mengambil alih Baitulmaqdis daripada Khalifah Islam dan membina negara haram untuk Yahudi dan Nasrani Zionis (Israel).




5:51


Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim. (Maidah:51)



Telah diriwayatkan oleh Auf Bin Malik : Saya telah menemui Rasulullah S.A.W semasa perang Tabuk, sementara Baginda S.A.W sedang berehat di khemah. Baginda S.A.W bersabda:

Terdapat 6 perkara tibanya akhir zaman :
  1. Kematianku
  2. Penaklukan Baitulmaqdis

Semakin Takut KepadaNya, Semakin Dekat KepadaNya


"Ya Allah, Janganlah Engkau Biarkan Aku MenjauhiMu!"

Jika kita takut akan sesuatu, nescaya kita menjauhkan daripadanya. Contohnya, apabila kita terserempak dengan harimau, sudah tentu kita lari daripadanya kerana takut terhadapnya. Sebaliknya, jika kita takut kepada Allah, sebenarnya kita sedang mendekatkan diri kita kepadaNya! Itulah keunikan cinta Allah. Hidayah Allah di mana-mana, pada bila-bila masa, akan tetapi kita yang menjauhiNya sedangkan Dia sedang mengekori kita tatkala kita terpesong dari landasan kebenaran.

We Seek Your Protection From Calamity

Ya Rabb..Pledge Our Request 

Janganlah kita melupakan bahawa tiada yang dapat menyelamatkan kita daripada segalanya kecuali Allah S.W.T kerana Dialah yang mendatangkan dan menghilangkan sesuatu yang baik mahupun yang buruk.

Sudah Lama Ku Menanggung Rindu Ku

Qasidah : Sudah Lama Ku Menanggung Rindu Ku





طالما اشكو غرامى يانور الوجود

(Sudah Lama Ku Menanggung Rindu Ku)

Sheikh AbdesSalam el-Hasani

طالما اشكو غرامى يا نور الوجود

وانادى يا تهامى يا معدن الجود

منيتى اقصى مرامى احظى بالشهود

وارى باب السلام يا زاكى الجدود

يا سراج الأنبياء يا عالي الجناب

يا إمام الأتقياء إن قلبي زاب

اصرف اعراضا عنّي اصناني الغرام

فيك قد احسنت ظنّي يا سامى العهود

وعليك الله صلى ربى ذو الجلال

يكفى يا نور الاهلة ان هجرى طال

سيدي العمر ولى جد بالوصل جد

Saturday, 27 April 2013

Bagai Bintang Di Syurga

KISAH ABU YAZID AL-BUSTAMI DI GEREJA



Abu Yazid Al Bustami seorang ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.

Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, ” ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini.”

Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu di bunuh. Namun ketua paderi menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Abu Yazid Al-Bustami pun bangun, tanpa rasa takut.

MENJAWAB 50 SOALAN

Ketua paderi berkata, “wahai pengikut Muhammad, saya akan mengajukan pertanyaan kepada kamu. Jika kamu dapat menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan mengikut agama kamu. Namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan membunuh kamu.”

Jawab Abu Yazid, “baiklah! Tanyalah apa saja yang kamu ingin tanyakan.”

Ketua paderi itu mengemukakan 50 soalan berterusan dan selepas ini Abu Yazid menjawabnya dengan tepat.


Soalan 1 :
Paderi : Apakah Yang satu tidak ada duanya ?

Soalan 2 :
Paderi : Apakah Yang dua tiada tiganya ?

Soalan 3 :
Apakah Yang tiga tiada empatnya ?

Soalan 4 :

Friday, 15 March 2013

Palestin Tanah Amanah

Palestin Tanah Amanah


Sejarah Awal Palestin

Palestin merupakan sejarah tertua dunia. Menurut kajian, Palestin merupakan tanah pertama yang menempatkan penempatan dan tamadun manusia kira-kira 9000 s.m.

Peta bersejarah tanah palestin

Palestin merupakan tanah suci orang Yahudi dan Nasrani. Yahudi menganggap Palestin merupakan tanah yang dijanjikan dan sebagai imej sejarah mereka kerana di situlah terletaknya makam nabi-nabi Bani Israel dan di situ juga terdapat tempat suci seperti al-Quds dan al-Khalil.

Nasrani (Kristian) pula menganggap bahawa Palestin itu juga tanah suci mereka. hal ini kerana, mereka mendakwa bahawa Palestin itu merupakan tempat lahirnya agama mereka dan tempat lahir Isa A.S serta di situlah juga tempat permulaan dakwahnya. Di Palestin juga terdapat sebahagian pusat keagamaan mereka seperti al Quds, Bait Lahm (Bethlehem) dan an Nasirah. Namun begitu, tanah ini diharamkan untuk mereka yang menyeleweng daripada ajaran dan syariat Allah seperti Yahudi kerana mereka itu telah membawa kemurkaan Allah. Salah satu kemurkaan Allah terhadap Yahudi ini ialah mereka (Yahudi) sering menolak ajaran yang dibawa oleh nabi-nabi Allah malah mereka turut membunuh nabi-nabi yang diutuskan oleh Allah kepada Bani Israel. Apabila dikhabarkan kepada mereka bahawa nabi akhir zaman yang dikurniakan rahmat seluruh alam dan umatnya, iaitu Nabi Muhammad S.A.W diutuskan dalam kalangan bangsa Arab, mereka Yahudi lantas memberontak dan tidak mahu menerimanya atas alasan Nabi Muhammad S.A.W bukan daripada keturunan mereka (Bani Israel). Begitulah menunjukkan bahawa betapa kuatnya sifat perkauman mereka(Yahudi) sehingga menolak utusan Allah iaitu Muhammad dari golongan Arab. Ini adalah bukti menunjukkan kemurkaan Allah kepada Yahudi yang difirmankan dalam surah al-fatihah:

1:7


Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai(Yahudi), dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat(Nasrani). (al-fatihah: 7)

Orang Islam beriman bahawa Bani Israel merupakan pewaris yang sebenar pada pusaka-pusaka nabi Daud A.S, Nabi Sulaiman A.S dan nabi-nabi Bani Israel. Dan Orang Islam juga mempercayai bahawa orang Bani Israel yang soleh (taat pada Allah dan rasulNya) pernah memerintah Palestin sejak zaman dahulu lagi.

Di dalam al-Quran menceritakan bahawa kisah Bani Israel yang selalu ingkar arahan daripada Allah dan RasulNya, malah menuduh RasulNya sebagai pendusta serta ada sebahagian nabi yang dibunuh. Tidak

Monday, 11 February 2013

Haikal Sulaiman


HAIKAL SULAIMAN

Haikal Sulaiman. Mesti sekali kita mengetahui mengenai Haikal Sulaiman. Itu merupakan binaan yang telah dicipta oleh Nabi Sulaiman pada 960 S.M. Walau bagaimanapun, 370 tahun kemudian tentera Babylon telah datang ke Baitulmaqdis dan meruntuhkan Haikal Sulaiman. Setelah itu, tentera Parsi pimpinan Cyprus telah datang ke Baitulmaqdis dan melakluki kota tersebut. Mereka membangunkan semula Haikal Sulaiman.


Pada 70 M pasukan tentera Kerajaan Rom telah datang ke Baitulmaqdis dan menawan kota tersebut. Rom telah menghancurkan kembali Haikal Sulaiman separas dengan tanah. Hari demi hari berlalu, semangat orang yahudi dalam membangunkan kuil itu semakin membara. Di dalam kitab torrah (kitab taurat) menerangkan bahawa di situlah lahirnya Messiah (pembela) dan di situlah tempat pusat dunia. Mereka memerlukan persediaan tersebut demi menyambut kedatangan Messiah.



Rancangan mereka telah disusun, ketika gerakan Zionisme Antarabangsa yang diadakan di Bassel, Switzerland, seorang paderi besar yahudi, Theodore Hertzl telah menyeru kepada seluruh kaum yahudi dunia agar kembali ke tanah Palestine.

Theodore Hertzl

Mereka menganggap untuk meruntuhkan Masjid Al-Aqsa kerana mereka tiada pilihan lain untuk dibuat terhadap Masjid Al-Aqsa memandangkan Haikal Sulaiman mesti dibina di atas tapak yang sama.


Dengan fahaman Yahudi yang semakin tersasar jauh daripada Kitab Taurat, mereka meyakini bahawa sayu hari nanti akan datang seorang Messiah (pembela) yang memimpin kaum Yahudi dan memerintah dunia. Inilah sebabnya mengapa mereka merebut kembali tanah Baitulmaqdis daripada orang islam.


Mereka yakin bahawa haikal Sulaiman mesti dibina demi menyambut kedatangan Messiah (Al-Masih). Tetapi bagi Yahudi yang menolak Zionisme, mereka memercayai bahawa satu hari nanti Messiah sendiri yang akan datang dan memimpin pembangunan Haikal Sulaiman sehingga menjadi pusat pemerintahan dunia (One World Order).

Setakat ini sahaja pengarangan saya, harap jika mempunyai kesalahan sila maklumkan kepada saya.


Sekian, Wallahu'alam. DARIPADA MUHAMMAD ZULFADHLI OTHMAN

Umat Akhir Zaman

UMAT AKHIR ZAMAN

Sejarah merupakan salah satu daripada asas manusia yang menjadi medium terhadap asal usul manusia. Menurut kata-kata para sejarawan antaranya ialah Herodotus, sejarah merupakan suatu tindakan dan sebab mereka melakukannya. Menurut Ibnu Khaldun pula sejarah merupakan suatu peradaban yang berlaku. Selain itu, menurut Mohd Yusuf Ibrahim pula sejarah itu merupakan suatu rekod yang berlaku pada waktu silam. Dalam erti kata lain sejarah merupakan suatu garis masa yang menceritakan peradaban, tindakan dan rekod manusia. Contohnya, para ilmuwan sedunia mengesahkan bahawa terdapat beberapa zaman yang berlaku di dalam dunia ini iaitu Paleolotik, Neolitik, Logam dan Gangsa. Seperti yang kita tahu bahawa zaman-zaman ini merupakan suatu tamadun awal prasejarah yang menceritakan tentang peradaban manusia purba. Zaman ini juga diisytiharkan sebagai zaman awal pendudukan manusia di atas muka bumi ini. Menurut kata-kata mereka lagi, zaman ini juga tiada peradaban dan teknologi yang cukup canggih. Contohnya seperti zaman Paleolitik yang berlaku dalam lingkumngan 200,000 hingga 300,000 tahun dahulu dikatakan hanya tinggal di dalam gua dan menggunakan alatan batu serta tidak mengenakan sebarang pakaian ke atas badan mereka sendiri. Mereka juga tidak mempunyai ilmu dan hidup hanya dalam gelumang kejahilan yang tidak mengetahui apa-apa mengenai kewujudan alam. Begitulah fitrah asal usul manusia pada awal zaman yang dikatakan oleh para sejarawan.

Walau bagaimanapun, tidakkah anda terfikir tentang kesahihan al-Quran dan Hadis? Menurut kitab Allah itu, manusia pertama yang diturunkan ialah Adam Alaihissalam. Tidakkah terlintas dalam fikiran anda bahawa Adam itu manusia