Palestin merupakan sejarah tertua dunia. Menurut kajian, Palestin merupakan tanah pertama yang menempatkan penempatan dan tamadun manusia kira-kira 9000 s.m.
Peta bersejarah tanah palestin
Palestin merupakan tanah suci orang Yahudi dan Nasrani. Yahudi menganggap Palestin merupakan tanah yang dijanjikan dan sebagai imej sejarah mereka kerana di situlah terletaknya makam nabi-nabi Bani Israel dan di situ juga terdapat tempat suci seperti al-Quds dan al-Khalil.
Nasrani (Kristian) pula menganggap bahawa Palestin itu juga tanah suci mereka. hal ini kerana, mereka mendakwa bahawa Palestin itu merupakan tempat lahirnya agama mereka dan tempat lahir Isa A.S serta di situlah juga tempat permulaan dakwahnya. Di Palestin juga terdapat sebahagian pusat keagamaan mereka seperti al Quds, Bait Lahm (Bethlehem) dan an Nasirah. Namun begitu, tanah ini diharamkan untuk mereka yang menyeleweng daripada ajaran dan syariat Allah seperti Yahudi kerana mereka itu telah membawa kemurkaan Allah. Salah satu kemurkaan Allah terhadap Yahudi ini ialah mereka (Yahudi) sering menolak ajaran yang dibawa oleh nabi-nabi Allah malah mereka turut membunuh nabi-nabi yang diutuskan oleh Allah kepada Bani Israel. Apabila dikhabarkan kepada mereka bahawa nabi akhir zaman yang dikurniakan rahmat seluruh alam dan umatnya, iaitu Nabi Muhammad S.A.W diutuskan dalam kalangan bangsa Arab, mereka Yahudi lantas memberontak dan tidak mahu menerimanya atas alasan Nabi Muhammad S.A.W bukan daripada keturunan mereka (Bani Israel). Begitulah menunjukkan bahawa betapa kuatnya sifat perkauman mereka(Yahudi) sehingga menolak utusan Allah iaitu Muhammad dari golongan Arab. Ini adalah bukti menunjukkan kemurkaan Allah kepada Yahudi yang difirmankan dalam surah al-fatihah:
Iaitu jalan
orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan)
orang-orang yang Engkau telah murkai(Yahudi), dan bukan pula (jalan)
orang-orang yang sesat(Nasrani). (al-fatihah: 7)
Orang Islam beriman bahawa Bani Israel merupakan pewaris yang sebenar pada pusaka-pusaka nabi Daud A.S, Nabi Sulaiman A.S dan nabi-nabi Bani Israel. Dan Orang Islam juga mempercayai bahawa orang Bani Israel yang soleh (taat pada Allah dan rasulNya) pernah memerintah Palestin sejak zaman dahulu lagi.
Di dalam al-Quran menceritakan bahawa kisah Bani Israel yang selalu ingkar arahan daripada Allah dan RasulNya, malah menuduh RasulNya sebagai pendusta serta ada sebahagian nabi yang dibunuh. Tidak
